#1 Wedding Day


Alhamdulillah. Akhirnya sha dah pun sah menjadi milik suami sha setelah hak penjagaan sha berpindah milik dari abah kepada suami pada 06/02/2016 tepat jam 06.04 petang. Syukur tak terhingga sha panjatkan kepada Allah SWT atas jodoh yang di panjangkan ini.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sha sah bergelar isteri kepada Wan Sabaruddin bin Wan Sharif. Terima kasih kerana menerima saya seadanya :)

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid An-Nur Kuak. Sepatutnya proses akad nikah bermula pada pukul 5.30petang. Tapi di sebabkan ada masalah, pihak lelaki sampai lambat sikit, dalam pukul 5.45 petang. Risau sha masa tu tahuuu. Yela takut tok kadi balik macam tu je kang lagi haru. Haha

Sha di nikahkan sendiri oleh Abah sha. Terima kasih abah. I love youuuu. 

Masa ni dah sah bergelar isteri kepada suami sha :)

Bersama ahli keluarga sha dan suami.

Sebenarnya saya isteri dia :p

Antara hantaran untuk majlis tunang dan nikah.

Okay lah, later sha continue dengan hari majlis pula ya. See ya soon :)