Selamat Pengantin Baru


kalau last week member sha tunang, semalam turn nephew sha pulak.
jauh sha merantau, semata-mata nak makan nasi minyak je. haha
malas sembang banyak, jom tengok gambar

From Left: Kak Shima, Sha, Kak Emma, Kak Ina, Along


Bersanding

Bapa sedara sha tepung tawar

Mak sedara sha

Makan timeeee :)




Bergambar bersama keluarga sebelah sha


Potong kek

Pengantin lama. Haha. Mak dgn Pak Ngah

Mak dan Mak Nab

From Left: Anis, Era, Yuni

Muka kepenatan jadi photographer tak bertauliah. Haha
Walaupun penat, tetap hepy. makan pun sedap :D
well, selamat pengantin baru.
semoga bahagia hingga ke syurga.
semoga menjadi isteri yg solehah.
semoga dapat anak yg ramaiiiiii :D

Assalamualaikum wbt

Selamat Bertunang


woaaa lama sangat rasanya tak update blog.
dah bersawang pon.
takde cerita menarik nak di kongsi
so, hari ni nak story mory sikit pasal sahabat sejati sha yg baru je selesai bertunang semalam



cantik kan dia? tarikh pon cantik 22122012
ni kawan sha dari sekolah rendah lagi.
dia kawan dgn tunang dia dah lebih dari 6 tahun
tunang dia tunggu dia dari sekolah menengah lagi
sebelum ni dia tak la kurus mcm ni, sejak dia sambung blaja, slalu diet agaknya. hahaha


manis je dia kann


ni sha dengan dia.
ambik berkat la katakan. haha
yg blakang tu kakak dia. akad nikah mlm sebelumnya


ni pulak FFL sha.
dia mmg suka posing mcm bapok. hahaha


ni lah encik tunang kepada Nur Azimah, Hairul Nizam :)


antara member yg dapat hadir


si tunang bersama si pengantin :)


parents member sha


hantaran dari pihak perempuan


ambik berkat dari bakal makcik. haha
dapat 2 bentuk cincin. cincin merisik dan tunang.
alhamdulillah. selesai segala urusan.
semoga hidup bahagia sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke syurga.
ameen

assalamualaikum wbt

Kek Puding Karamel Pelangi


dah lama rasanya sha tak update blog kan?
dah berbulan lamanya.
since dah ada hobi baru ni, sha jarang sikit nak update blog.
sttp, sha skrg sgt minat gile memasak.
especially kek. sangat best buat kek :D
tadi sha ada buat kek. tapi kek biase-2 je lah
kek puding karamel pelangi versi mini. haha
why tetibe jadi mini erk? haha
oven sha ni kecik, pastu rendah je. acuan besar tak muat.
so, terpaksa lah guna acuan kecik
1 potong terus masuk dlm mulut. hehe
kan senang n mudah nak makan :)
korang nak try tak? meh sha bg url kat korang.
sha pun refer dekat blog Lovely Kitchen
tapi kek sha buat ni takde la secantik kat blog Lovely Kitchen tuu :D
sha punya kek biase jee. mini lah katakan 


see, mini sangat kan :D
takpe lah, asalkan sha cuba buat.
janji puas hati dpt makan.
n puas hati dpt tambah lemak lagi dlm badan. haha
selamat mencuba yeah
Assalamualaikum wbt
tak jawab dosa, jawab sayang ;)



Kaki Novel


based dari tajuk tu, bukanlah bermakna kaki sha ni ada novel
or bawah kaki ada novel.
tapi, semenjak dua tiga menjak ni sha dah jadi terminat gila dgn novel
mungkin di sebabkan oleh tahap kebosanan yg dah mencapai tahap petala ketujuh :D
so, sha pon bacalah novel.
mula-2 sha just baca untuk suka-2.
tapi bila dah habis novel tu, timbul minat pulak
3 novel sha baca dlm masa kurang seminggu.
novel yg first sha baca dlm minggu ni, Cucur Bawang dan Kopi O


korang boleh review kat link yg sha bagi tu yeaa
kisah nye pasal seorang tomboi yg suka curi cucur bawang.
cerita ni kelakar + sedih sikit.

then, lpas dah habis baca novel yg kat atas tu
sha sambung pulak pembacaan dgn novel keluaran Alaf 21, Ingat Janji Kita
cerita ni pon pasal tomboi yg terpaksa jadi tomboi.
tapi cerita ni permulaan nya agak membosankan
sebab cerita nya agak meleret-2.
tapi lpas setengh jalan baca, best pulak :)


lepas habis je buku ni, sha terus baca novel lain pulak.
tapi novel ni sebenarnya dah lama, tapi sha je yg baru ada kesempatan nak baca
novel Cinta 3 Suku
ceritanya pasal Nurul Iman dengan Kapten Azahari
cerita ni, aku memang puas hati baca.
memang sangat-2 best.
tak kisah la cerita pasal keluarga sebenar Iman tu meleret ke, ape ke.
sebab, cerita nya sangat kelakar + sedih.
sampai nangis aku baca [pulun nak feel]
hahahaha


kalau korang nak taw pasal novel-2 ni, review kat link yg sha bagi tu yea :)

btw, sha nak mintak korang doakan kesihatan incik boifren sha.
dia accident semalam.
kes penat keje, nak cepat sampai.
kesian dia.
tolong doakan kesihatan dia yea awak-2 semua.
terima kasih :)

so, sampai sini je lah celoteh sha.
Assalamualaikum wbt
tak jawab dosa, jawab sayang :)



Happy Old Day Sayang!!


hari ni sha rasa happy gileee.
nak taw sbb apa?
hari ni birthday incik boifren sha :)
walaupun sha takde hadiah nak bg kat dia
almaklum lahh, sha ni penganggur
sha pun buatkan video khas untuk dia
sha jd org first wish birthday dia kat fb n msg
sha dpt ilham buat video ni lpas usha 1 blog ni
sha tak ingat lah sape punya blog
maaf beribu-2 lemon kepada empunya blog
sha tengok ayat-2 dia. nice sgttt
lagi best dr video sha ni
sbb sha buat video last minute
sha tengok entry org tu last two weeks kot
sha try cri kat history kot-2 terjumpa empunya blog
tp susah la, sbb sha blogwalking ramai sgt blogger
sha pun ingat-2 lupa cemana video yg org tu buat
sha just buat je ikut ingatan
hahaha :D

so, kepada incik boifren
selamat hari lahir! :)

enjoy!! :)



video

nak keje!!!

tak jawab dosa, jawab sayang :)
hari ni sha nak story mory sket pasal keje.
sha ni dah la tak keje lagi,
memandangkan keadaan yg terlampau mendesak,
sha buat je resume and hantar je kat semua online job ads.
hahahaha. gempak tak?
padahal satu pon tak panggil-2 lagikk. grrrrr!!
tp, member sha ada ajak sha join dia keje dekat Royal Belum
errrr. korang taw ke kat mana tempat ni?
taw tak hutan simpan belum, grik?
dekat area-2 situ lahh.
then, ada lagi satu job offer.
sha rasa tempat ni, tak payah bgtaw pon korang taw dak? :D
nampak tak ada sedikit percanggahan dgn course yg sha amek dulu?
hahaha, takpe lahh.
rezeki ada kat mana-2
mana yg sha dpt, tu yg sha sambar dulu.
bukan apa, dah lama sgt sha terperuk dlm rumah.
mak abah pon dah sihat alhamdulillah
walaupon belum 100%,
tp sha cuma cari je dulu kerja.
dapat or tak, Allah yg tentukan rezeki kita kat mana kan :)

then, sekarang ni mmg trend mustache kee?
sory, sha mmg lambat seket bab-2 trend ni.
masa tu takde walaupun sha ni tak keje lagi :)
blogwalking blog org, ramai yg guna template mustache lahh
gambar pakai mustache laa
so, sha pon search la mende alah tuu
nak jugak buat kannn :D
then, sha upload kat sidebar tu
mmg buruk nampaknye
takpe, akan di ubah dlm masa terdekat :D

so, that's all yg sha nak cerita sepanjang minggu ni.
btw, sha dah habis ganti puasa and puasa enam.
korang camane?
hehehe.
salam sayang untuk semua readers :)
assalamualaikum.


*lagi dua hari, hari jadi incik boifren. apa sha nak buat nii?? suggestion pleaseeee. thanxxxx :)

Selamat Hari Raya!



dah bertahun rasanya tak update [tipuu]
kann?
sempena hari yg mulia ni, izinkan sha menghulurkan 10 jari ni memohon keampunan dari anda, anda, anda dan anda semua jika sha ada terlanjur perkataan, jika sha ada terambil, tercurik freebies korang, haha, ampunkan lah sha yea [seriuss]
so, nak crita lah sikit apa yg dah terjadi sepanjang seminggu raya ni.
raya pertama: dari lpas smbhyang raya smpai ke malam tak rehat sbb org pulun serbu rumah.
baju raya pon tak pakai :(
raya kedua: merayap dgn FFL. balik tu kena jugak lyn tetamu lagikk
raya ketiga: ada saki baki sedara mara yg dtg lagii
raya keempat: kenduri rumah saudara sblh abah
raya kelima: gedik santai kat rumah sbb dah takde sape yg dtg

kenapa lahh org suka serbu time raya pertama and kedua?
sedangkan rayakan sebulan.
hahaha
tu jenis yg tamak, mmg la raya sebulan. ye dak?

di kesempatan ni,
izinkan sha berkongsi gambar masa raya kedua nii
mari terjah!


ni lah FFL sha.
nama dia Azizan yeah :)


Friends for Life :)


kawan 1 kampung :)


diorang ni classmate :)

tak puas lagik tengok gambar?
cukup lah tuuu.
esok-2 sha tambah lagik sekeping dua.
hehehee
Assalamualaikum wbt
tak jawab dosa, jawab sayang :D

doodle oh doodle



sejak dua tiga menjak ni sha gila sgt buat doodle
tataw la pasai pa
padahal baru je blaja
tu pon dari youtube. hahaha
blajar sendiri la kirenye
tapi serius tangan ni mmgtak berseni kot
buat pon mesti tak lawa
tak perfect mcm org lain punye doodle :(
tapi takpee, akan sha usahakan sebaik mungkin.
muehehehhe
so, meh tengok apa yg sha dah siapkan :)

first timer :D
second timer :D
third timer :D



  
forth timer :D

 
fifth timer XD

well, yg second tu burok siak!!!
kBhaiii :D



Doa Berbuka Puasa



sudah kenyang menikmati juadah berbuka tadi?
baca doa berbuka puasa tak tadi?
tak tahu nak baca?
hari ni sha nak ajar cara membaca doa berbuka puasa.
senang jee.
sekali baca, trus boleh hafal :)



allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." 

Dari Mu’adz bin Zuhrah, bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi saw apabila berbuka puasa baginda mengucapkan, "Allaahumma Laka Shumtu wa ‘alaa Rizqika Afthartu”.

(Hadis riwayat Abu Daud #2358, Al-Albani mengatakan hadis ini Daif di dalam Daif Abi Daud).


dapat?
selamat beramal.
assalamualaikum :)