Doa Berbuka Puasa



sudah kenyang menikmati juadah berbuka tadi?
baca doa berbuka puasa tak tadi?
tak tahu nak baca?
hari ni sha nak ajar cara membaca doa berbuka puasa.
senang jee.
sekali baca, trus boleh hafal :)



allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." 

Dari Mu’adz bin Zuhrah, bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi saw apabila berbuka puasa baginda mengucapkan, "Allaahumma Laka Shumtu wa ‘alaa Rizqika Afthartu”.

(Hadis riwayat Abu Daud #2358, Al-Albani mengatakan hadis ini Daif di dalam Daif Abi Daud).


dapat?
selamat beramal.
assalamualaikum :)


Kelebihan Berpuasa




Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim). 




Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)

Nabi saw bersabda, “Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)

Nabi saw bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari dan Muslim)

❤ Apa itu Cinta? ❤



hari ni tetibe rasa emo nak crita pasal CINTA.
tajuk ni di tujukan untuk seorang sahabat yg tengah di landa masalah cinta sekarang.
kalau awak baca post ni, harap awak faham :)
mengapa di katakan cinta itu BUTA?
sedangkan cinta takde mata.
mengapa di katakan cinta itu MANIS?
sedangkan yang manis itu boleh menjadi PAHIT.
kenapa sia-siakan hidup demi CINTA?
sedangkan banyak perkara lain yg lebih berfaedah dlm dunia.
tp jika cinta kita berlandaskan ALLAH, bahagia hidup selamanya :)
so, hari ini nak share kepada semua perkara yg korang perlu tahu tentang CINTA.
jom baca.



12 Perkara Tentang Cinta.
1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. 
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.



so, harap korang faham apa sebenarnye CINTA :)
selamat beramal.
Assalamualaikum wbt :)


kredit to: SUMBER


Love is the magician that pulls man out of his own hat.-Ben Hecht

☃ UPU ☃



semalam keputusan upu untuk lepasan diploma setaraf dah keluar.
dengar cerita ramai jugak yang tak dapat.
kepada yg tak dapat tu, jangan risau.
try lah buat rayuan.
mane taw lepas ni dapat kan?
yang dapat tu, tahniah :)
bermula lah alam baru kan lepas ni.
so, kepada yg dah mohon tapi blom check.
silalah check sekarang di SINI.
kalau korang pon berjaya, tahniah sangatttttttttt double triple :D
kalau permohonan korang mcm kes di bawah ni




sha sarankan korang double cek form yg korang isi sebelum buat rayuan.
jgn jadi mcm kes kwn sha, kena reject sbb tarikh tamat pengajiannye autofill.
elok2 last year punye tarikh, jadi tarikh tahun 1970.
kesiannn kan?
so, make sure double check utk kesenangan korang :)
okelahhh, dah habes celoteh.
Assalamualaikum wbt :)

♨ Kerepek Horlicks ♨



second entry for today :)
sebenarnya penat sangatttt.
tapi nak jugak update sebab nak menunjuk hasil kerja tadi :)
actually baru je lpas siapkan 'Crispy Horlick Stick'
or lebih senang nye org panggil kerepek horlick la kannn :D
saje je try. first timer la katakan :D
lepas siap tadi bagi jiran-2.
lepas tu diorang mintak nak order untuk raya.
senangnye dalam hatiiii~ :D
berbunga-2 rasa sebab ada yg nak order kan.
so, entri ni sha nak ajar cemana nak buat kerepek horlick yg senang dan sedapp :D

BAHAN-BAHANNYA:-

Kulit popia

Tepung gandum (di jadikan sbgai gam)

Horlicks

Susu tepung (optional sekadar untuk lemakkan saje)

Gula halus


CARA-CARANYA:-

1. Bancuh tepung dengan sedikit air

2. Ambil 1 kulit popia dan sapukan setiap sisi dengan bancuhan tepung

3. Gulung kulit popia

4. Gunting bentuk serong

5. Goreng sehingga garing

6. Biarkan seketika sehingga sejuk


7. Gaulkan kerepek dengan serbuk horlicks dan gula halus (seelok-eloknya goncang didalam balang supaya menjadi sama rata)

8. Sedia untuk masuk perutttt :D


*semua gambar di curi dari incik Google. tak sempat nak snap sendiri :D

Selamat Mencuba yeahh :)
Assalamualaikum wbt


Leisure is the time for doing something useful. This leisure the diligent person will obtain the lazy one never. -Benjamin Franklin


☀9th of July☀


busy sangat sejak kebelakangan ni, so tak boleh nak update selalu la kan :)
tapi takpee, still ada ruang utk update hari ni.
smlm masa sha bukak facebook, ternampak 1 gambar.


it says 'HAPPY NO BRA DAY 9th of JULY'
but betul keee?
first time dengar. LOL :D
but ramai jugak blogger yg update pasal 9th of July ni.
seems weirdo lah seket :D
maybe utk menentang kanser payudara. maybeee~

then, semalam jugak mak sha ada bawak balik sekor kucen comellll~
siamese breed cat lagii :)
tapi still takde nama nak bagi.
hilang akal dah nak bg nama kucen :D
mak jumpa kucen tu.
sebenarnya kecik lagii, so mak kesian.
then, mak pungut la bawak balik.
ngeee~
oke lahhh, dats all for today.
esok-2 lusa update lagik yeah :D
assalamualaikum wbt.


All cats are grey in the dark.-Thomas Lodge