♨ Kerepek Horlicks ♨



second entry for today :)
sebenarnya penat sangatttt.
tapi nak jugak update sebab nak menunjuk hasil kerja tadi :)
actually baru je lpas siapkan 'Crispy Horlick Stick'
or lebih senang nye org panggil kerepek horlick la kannn :D
saje je try. first timer la katakan :D
lepas siap tadi bagi jiran-2.
lepas tu diorang mintak nak order untuk raya.
senangnye dalam hatiiii~ :D
berbunga-2 rasa sebab ada yg nak order kan.
so, entri ni sha nak ajar cemana nak buat kerepek horlick yg senang dan sedapp :D

BAHAN-BAHANNYA:-

Kulit popia

Tepung gandum (di jadikan sbgai gam)

Horlicks

Susu tepung (optional sekadar untuk lemakkan saje)

Gula halus


CARA-CARANYA:-

1. Bancuh tepung dengan sedikit air

2. Ambil 1 kulit popia dan sapukan setiap sisi dengan bancuhan tepung

3. Gulung kulit popia

4. Gunting bentuk serong

5. Goreng sehingga garing

6. Biarkan seketika sehingga sejuk


7. Gaulkan kerepek dengan serbuk horlicks dan gula halus (seelok-eloknya goncang didalam balang supaya menjadi sama rata)

8. Sedia untuk masuk perutttt :D


*semua gambar di curi dari incik Google. tak sempat nak snap sendiri :D

Selamat Mencuba yeahh :)
Assalamualaikum wbt


Leisure is the time for doing something useful. This leisure the diligent person will obtain the lazy one never. -Benjamin Franklin


No comments: