AKHIRNYA AKU...


Nampaknya blog sha dah semakin berhabuk setelah agak lama sha menyepikan diri.
Berbulan rasanya sha pergi tanpa khabar berita kan?
Cewahhh ayat macam apa jeee. Haha
Post kali ni sha nak cerita apa yang berlaku sepanjang sha menyepikan diri.

Alhamdulillah pada 9 Disember lepas, sha dah start kerja under Polar Twin Advance M Sdn Bhd.
Company ni mengusahakan produk berasaskan kesihatan dan bukan kesihatan.
Antara produk kesihatan adalah produk untuk Knowles iaitu bantuan pendengaran.
Macam saudara saudara kita yang dah hilang deria pendengaran, kan guna alat tu.
Produk bukan kesihatan pulak ada macam macam jenis.
Tak perlulah sha cerita panjang lebar sebeb sha taw korang tak minta pon nak tahu kan? Haha

So, sha sekarang bekerja sebagai QA Inspector under SMT department.
Alhamdulillah.
Mungkin selepas 3 hingga ke 6 bulan, sha bakal di naikkan pangkat sebagai Assistant Engineer QA.
Sebab memang engineer tu sedang mencari pembantu dan dia dah pon buat sesi suai kenal dengan sha. Hehe

Pada 25 Disember lepas, sepupu sha selamat melayari rumah tangga bersama wanita pilihannya.
Alhamdulillah dan tahniah sha ucapkan kepada kedua pasangan mempelai.

Anak sedara yg dah nak sama besar. Haha

Adik sha dan anak sedara.

Adik sha dan anak sedara.

Adik adik dan anak sedara.

Mak dan sha :)

Mak dengan mak sedara.


RESEPI: PUDING KARAMEL TANPA TELUR




BAHAN-BAHAN (KARAMEL) :
  • 2 Sudu Besar Gula

BAHAN-BAHAN (PUDING) :
  • 1 Paket agar-agar serbuk (10g)
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA (KARAMEL) :
  1. Masukkan gula ke dalam loyang.
  2. Dengan menggunakan api perlahan, tunggu sehingga gula cair dan bertukar menjadi karamel.
  3. Ratakan karamel ke seluruh loyang. Biarkan karamel sejuk dan mengeras

CARA-CARA (PUDING) :

  1. Satukan semua bahan untuk puding ke dalam periuk.
  2. Kacau atas api. Adunan mesti sentiasa di kacau untuk mengelakkan adunan menjadi berketul
  3. Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang karamel.
  5. Biarkan sejuk. Sedia untuk di hidang 






Sedap ke puding ni?
Kalau tak sedap, jangan haraplah nak repeat bukak tutup peti ngap puding ni. Hehe.
Selamat mencuba :)