RESEPI: Kek Chiffon Pandan

After a long longgggg lonnnggggggggggg time sha menghilang. *konon
Now, I'm back! Haha
2, 3 hari ni mood rajin datang.
So, sha buat kek.
Semalam kek coklat versi bakar.
Hari ni kek chiffon pandan.
Kek ni seriously gebu jee macam beli kat kedai.
Bukan nak puji diri, tapi memang betul.
Tapi kek ni menggunakan sukatan mangkuk.
Ini turun temurun punya resepi.
Lama tak lama nye lah. Hehe
Jom terjah bahan-bahannya :)
BAHAN-BAHANNYA:
1 mangkuk tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/2 mangkuk santan pekat + pati pandan
6 biji telur - asingkan putih dan merah
1 sudu teh krim of tartar
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak
Pewarna hijau


CARA-CARANYA:
1. Pukul kuning telur bersama susu dan minyak sehingga sebati.
2. Masukkan santan dan tepung. Kacau rata.
3. Putih telur di pukul dalam bekas berasingan bersama gula dan krim of tartar. Pukul sehingga menjadi meringue.
4. Campur sedikit demi sedikit meringue ke dalam adunan tepung. Guna kaedah kaup balik.
5. Bakar di dalam ketuhar selama 30-45 minit atau sehingga masak.
6. Bila kek sudah masak, terbalikkan kek di atas redai. 
7. Tunggu sehingga kek betul-betul sejuk sebelum keluarkan dari acuan.


TIPS DAN TRICK:
1. Untuk membuat meringue, pastikan tiada telur merah bercampur dalam telur putih. Kalau tak, memang tak jadi meringue tu.
2. Make sure ayak tepung sebelum masukkan dalam adunan. Kalau tak, berat lah kek korang.
3. Sha guna oven bulat tu, so sha tak tahu berapa suhu nya. Agak dalam 175C kot. Hehe
Selamat mencuba :)

3 comments:

HASRUL HASSAN said...

As-Salam. Suka makan kek chifon, dulu mak biasa buat, dan jual, skrang dah lupa resepi. Suka yang oren, pandan ni ... hmm kuranglah sikit.

Nice sharing tentang kek chifon ni.

Terima kasih.

www.hasrulhassan.com

sahizatul sahimi said...

@HASRUL HASSAN sha pon suka kek chiffon ni. first time buat. alhamdulillah jadi :)

cronos spear said...

Salam..sis mgkuk sukatan tpg tu mgkuk besar ke kcik?