FREEBIES: Doodle I Luv Islam


Hari ni tetiba mood rajn gila nak mendoodle segala bagai.
Tapi doodle ni je mampu sha bagi kat korang.
Kalau ambil tolong comment yeahh.
Dan tolong jangan memandai buat harta sendiri pulak.
Terima Kasih.



Selamat Hari Raya II


Hari ni dah masuk Aidilfitri keempat.
Alhamdulillah.
Cepat je masa berlalu.
Aidilfitri pertama sha sambut sakan dengan member masa sekolah menengah dulu.
Lepas bermaafan dengan mak abah, tetamu datang memenuhi ruang rumah.
Petang tu barulah sha ada masa nak keluar.
Masa sha keluar tu pon dah pukul 3 lebih kot kalau tak salah.
So kalau keluar pon dah lewat, balik pon mestilah lewat kann. Haha
Sampai rumag pon dah nak dekat maghrib.
Nasib lah masih 'bercuti'. Haha
Sempat jugak pergi rumah member yang dah lama gila tak jumpa.
Last jumpa, 3 tahun yang lepas. Haha
Tapi dia segan nak bergambar bersama :(
Jom terjah gambar raya.


Sha, Azimah, Anuar, Ridzuan.


Sha, Shafiqah, Azimah.


Ini pulak gambar sha dengan azimah masa kenduri bertunang kakak ridzuan.

Azimah, Sha dan Nor.
Sha dah lama gila tak jumpa Nor ni.
Last jumpa masa sekolah dulu kot. Kot la.
Haha


Selamat Hari Raya


Ramadhan bulan keberkatan akan pergi dan berlalu meninggalkan kita sekali lagi.
Adakah masih di beri kesempatan untuk bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan?
Berdoalah pada Allah semoga masih di beri kesempatan itu.
Maksudnya Aidilfitri bakal menjelma lagi.
Buat kesekian kalinya Sha ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca,
followers dan siapa sahaja yang rajin bertandang ke blog Sha.
Jika ada terkasar bahasa harap di ampunkan segalanya.
Kepada yang memandu pulang ke kampung, pandu dengan cermat.
Biar lambat asal selamat.
Kepada yang tak dapat cuti, makan ketupat dan rendang dekat tempat kerja tu ingat ingatlah Sha kat sini ye.
Kepada siapa jua, tak kira di mana anda berada, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


A few days more..

Ramadhan menghampiri penutupnya.
Pasti ramai yang dah mula bercuti kan?
Kepada yang pulang dengan memandu kenderaan sendiri,
berhati-hati semasa memandu.
Pandu cermat jiwa selamat.