Selamat Hari Raya


Ramadhan bulan keberkatan akan pergi dan berlalu meninggalkan kita sekali lagi.
Adakah masih di beri kesempatan untuk bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan?
Berdoalah pada Allah semoga masih di beri kesempatan itu.
Maksudnya Aidilfitri bakal menjelma lagi.
Buat kesekian kalinya Sha ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca,
followers dan siapa sahaja yang rajin bertandang ke blog Sha.
Jika ada terkasar bahasa harap di ampunkan segalanya.
Kepada yang memandu pulang ke kampung, pandu dengan cermat.
Biar lambat asal selamat.
Kepada yang tak dapat cuti, makan ketupat dan rendang dekat tempat kerja tu ingat ingatlah Sha kat sini ye.
Kepada siapa jua, tak kira di mana anda berada, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


No comments: