SL1M


Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk bernafas lagi pada hari ini.
Pagi tadi lepas bangun dari tidur, sha check email dengan keadaan mamai lagi. Bukak je Yahoo Mail ternampak 1 email dari SL1M. Kejadahan apakah SL1M ni?
Mungkin ramai yang belum tahu dan belum ambil tahu mengenai SL1M. SL1M ni ialah Skim Latihan 1 Malaysia berujuan untuk provide latihan kepada lepasan IPT yang masih menganggur secara hormatnya.
Termasuklah sha ni kann. Sha isi SL1M ni dekat JobsMalaysia. So, siapa yang belum kerja boleh try isi SL1M ni.

Sha isi dalam 2 bulan lepas kot. Rezeki Allah, siapa yang tahu. Baru hari ni sha sedar kenapa sha tak dapat kerja lagi. Rupanya ini adalah hikmahnya. Dalam email tu ada state kan yang sha akan menjalani latihan selama 29 hari dan di beri elaun sebanyak RM1500 dan RM70 elaun makan. Company mana yang malang ambik sha kerja? Haha. Synergy Log-In System Sdn Bhd. Dapat je tadi, terus sha search company ni ape productnye kann. Hehe.

Then kalau dia puas hati dengan hasil kerja dan latihan kita, dia akan ambil kita bekerja tetap dekat company dia. Dengan gaji sebanyak RM2300 sebulan tidak termasuk elaun lain. Tapi yang menjadi masalah ialah tempat tinggal dan juga transport. Al maklumah sha manade transport. Sedara mara yang tinggal dekat Bukit Jalil pon takde. Rumah sewa lagi. Macam macam benda yg perlu di baca sebelum terus menerima tawaran ni.

So dengan hati yang masih ragu ragu, korang rasa sha perlu terima ke tak? 


28 comments:

Nur Azwa Edora said...

serius masa latihan tu dia bagi RM1500? okay seyhh gaji dia , saya rsa better awak ambil kot ,atau rasa berat hati , buat solat istikharah . insyaaAllah Allah beri petunjuk pada diri awak :) awak try lah tanya2 dengan company tu ,, takkan takde lgsung tempat penginapan kan untuk yang kerja jauh2 , tapi mana tahu , masa ni ke awak nak belajar berdikari . btw , goodluck ya ! :)

cynta ieda said...

cuba gak..manatau rezeki ada kat sana...

Cik JariManis said...

hmmm cadangan JM...utk sha...bgus sha terima dulu tawaran SL1M tu..lagipun gaji berbaloi...rumah sewa boleh cari skrg ni susah nak dpt peluang pekerjaan...lagipun mana tau kot2 ada nasib dia org terus ambil sha bekerja...in shaa allah...ini cadangan JM ja..klu sha rasa sha x nak terima it's okay..depends on yourself dear :)

Ain Eddihar said...

Assalamualaikum . jejalan terjumpa blog sha . :) sha dah cuba istikharah ? mohon petunjuk . mana yang terbaik untu kita Allah lebih tahu :)

sahizatul sahimi said...

@Nur Azwa Edora Terima kasih atas nasihat dan cadangan awak. Mungkin ini yg terbaik untuk sha. Sha dah terima, cuma tunggu feedback je dari sl1m :)

sahizatul sahimi said...

@cynta ieda Terima kasih banyak banyak ats sokongan :)

sahizatul sahimi said...

@Cik JariManis Tulah bila sha fikirkan balik takpe lah susah mula mula kan. Janji usaha kita berbaloi. Terima kasih JM :)

sahizatul sahimi said...

@Ain Eddihar Waalaikumsalam. Ini yang Allah tentukan untuk sha rupanya. Sebab tu sampai sekarang sha belum dpt apa apa kerja. Setiap ujian yang Allah bagi akan ada hasil satu hari nanti kan. Terima kasih ain :)

Ain Eddihar said...

sama-sama sha :) apa sahaja yang kita nak buat . tanyalah Dia . Dia tau apa yang terbaik untuk kita :) dah dapat petunjuk baru kita buat .

Invisible Me said...

Macam ada baik terima. Sebab bukan senang dapat gaji macam tu hanya untuk latihan. Menarik :)

amanina nasuha said...

sy pun pnh try sl1m nie tp blom rezeki lg..:(

tenku butang said...

haa.. apa lagi.. gi lea try.. heee..

Anonymous said...

Sy pn ade dpt... tulah xtau nk trma ke x...

Anonymous said...

Sy dpt juga..tp nie syarikat apa ye sebnarnya.

sahizatul sahimi said...

@Ain Eddihar Mungkin ini yang terbaik untuk sha :)

sahizatul sahimi said...

@Invisible Me Tulahh. Tapi bila ada peringkat saringan dan interview yang lemah tuu. Hehe

sahizatul sahimi said...

@amanina nasuha Yeke? Kos ape sebelum ni? Mungkin belum rezeki. Tunggu lagi :)

sahizatul sahimi said...

@tenku butang Tunggu tarik interview pulak ni. Hehe

sahizatul sahimi said...

@Anonymous Cik anon dapat? Dah bagi feedback ke? Sha dah bagi feedback. Tunggu tarikh interview :)

sahizatul sahimi said...

@Anonymous Syarikat IT dan website rasanye :)

jaja said...

Owh..tp kalo mcm sy nie dip in nursing..layak ke nk menyertai..mmg lah minat...tp tu lah...

joehaz said...

kalau berbaloi hasil yg kita dpt dgn apa yg dikorbankan, terima aje. kalau penat je lebih, susah jugak :)

sahizatul sahimi said...

@jaja Kalau awak kan ada Skim Latihan Jururawat 1 Malaysia. Member sha ada apply dah :)

sahizatul sahimi said...

@joehaz Tulahh, tapi sha rasa ini yg terbaik. Tak salah mencuba kan? :)

Anonymous said...

sha, saya pm dpt jgak. tp bila eh tarikh latihan tu?

zakiyah said...

saya pun dpt gak tawaran y same.. awk dh dpt panggilan tok g latihan dia kew?

sahizatul sahimi said...

@Anonymous Sha pon tak pasti bila. Sebab belum dapat confirmation dari diorang :)

sahizatul sahimi said...

@zakiyah Ouh samalah kita. Belum lagi. Lambat lagi kot. Maybe 2014