Resepi: Biskut Topi


Setelah beberapa hari entri ini di peram akhirnya di publish juga. Haha
Maaf mungkin terlampau sibuk untuk beberapa hari ni.
Sepupu sha sebelah abah bakal bertunang.
Dan sha di amanahkan untuk menjadi photographer tak bertauliah. Haha
Sebelum jadi photographer kena ada ilmu dulu, bukan main hentam jee.
Kang kalau buruk, kena kutuk plak. Sapa susah? Sha jugekkkk. Hehe

So, biskut topi ni terhasil untuk dijadikan hantaran sebenarnya.
Takkan buat biskut untuk Deepavali pulak kan? Haha
Sebenarnya emak sha yang buat, sha cuma tolong sedikit sebanyak.
Bila angin malas datang, memang kelautlah jadinya.
So, jom terjah.


BISKUT TOPI
BAHAN-BAHAN:
180 gm margerin
145 gm gula halus
2 biji kuning telur [putih telur jangan buang sebab nak guna untuk icing]
1 sudu teh esen vanila 
1/2 sudu teh baking powder
60 gm tepung jagung
60 gm tepung kastard
Tepung gandum secukupnya



CARA-CARA:
  • Pukul margerin dan gula halus dengan speed sederhana hingga kembang
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila dan teruskan memukul
  • Tambahkan baking powder, tepung kastard dan tepung jagung gaul rata
  • Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada jari. 


  • Canai adunan nipis, di atas 2 lapik plastik, supaya adunan tidak melekat-lekat.
  • Terap adunan dengan acuan bulat sebesar duit siling 50 sen
  • Susun atas loyang pembakar
  • Canai lagi adunan kali ni tebal sedikit anggaran 1 cm tebal
  • Terap pula adunan dengan acuan bulat sebesar duit syiling 5 sen
  • Letakkan ia atas adunan terapan 50 sen tadi.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170C api bawah selama 20 ~ 25 mint atau sehingga biskut masak sempurna.



ICING
BAHAN-BAHAN:
1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan limau nipis atau lemon


CARA-CARA:
  • Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
  • Putar adunan sehingga kental
  • Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
  • Masukkan dalam piping bag
  • Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
  • Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
  • Biarkan icing keras
  • Simpan biskut dalam bekas kedap udara. 



3 comments:

Adam Faiz said...

Wah,nampak macam menarik,boleh dicuba nanti,thanks for sharing :)

New Entri: Final Exam dah Tamat !

fara lulu ^^ said...

Jemput join ga.Syarat senang je ^_^
http://faralalalala.blogspot.com/2013/11/name-sherry-giveaway.html

http://faralalalala.blogspot.com/2013/11/giveaway-cambodia-by-fyapelangicom.html

Eyma su said...

wah sedapnyerrrrrrrr....nak sikit =D