RESEPI: PUDING KARAMEL TANPA TELUR




BAHAN-BAHAN (KARAMEL) :
  • 2 Sudu Besar Gula

BAHAN-BAHAN (PUDING) :
  • 1 Paket agar-agar serbuk (10g)
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA (KARAMEL) :
  1. Masukkan gula ke dalam loyang.
  2. Dengan menggunakan api perlahan, tunggu sehingga gula cair dan bertukar menjadi karamel.
  3. Ratakan karamel ke seluruh loyang. Biarkan karamel sejuk dan mengeras

CARA-CARA (PUDING) :

  1. Satukan semua bahan untuk puding ke dalam periuk.
  2. Kacau atas api. Adunan mesti sentiasa di kacau untuk mengelakkan adunan menjadi berketul
  3. Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang karamel.
  5. Biarkan sejuk. Sedia untuk di hidang 






Sedap ke puding ni?
Kalau tak sedap, jangan haraplah nak repeat bukak tutup peti ngap puding ni. Hehe.
Selamat mencuba :)



2 comments:

Hanis Masturina said...

wow, bagus ni ,bru sedap biasanya ada telur rasa nak muntah kann? Nice entri =)

http://hanismasturina.blogspot.com/

Norhayati Ismail said...

salam dear..nk share resepi ye..blh kn??..

http://bit.ly/1oFHn3k