MALANG BERGANDA

Salam sejahtera semua. Apa khabar awak awak semua hari ini? Sihat? Alhamdulillah. Begitu juga dengan Sha, sihat selalu.
Back to our main topic, alkisahnya bermula semalam di mana time lunch memang Sha dan housemate a.k.a cousin akan balik untuk melantak kat rumah. Save budget wehh, nak kawin punya pasal. Haha. Then bila dah pukul 2pm tu kitorang nak keluar untuk ke office semula.
Kunci rumah memang pada kebiasaannya akan di sangkut pada dinding bila time balik. Nak di jadikan cerita pulak kunci tu memang takde duplicate. So, macam hari hari biasa kitorang keluar dan Sha ternampak macam cousin dah ambik kunci pintu. So Sha pun buat relax je la keluar rumah then terus kunci main door. Bila sampai time nak kunci grill, Sha mintak kunci pada cousin. Dia tanya balik nak kunci apa. Ehh memain pulakk. So dari situ terus rasa panik gilaaa bab* sebab kunci dah tertinggal dalam rumah.
Malas nak fikir sangat, terus pergi kerja dulu. Dekat office Sha pulun godek Encik Google cara nak bukak kunci pintu tanpa kunci. Ada yg guna paper clip, ada yg guna tapak kasut, kad and everything lahh.
Jam dah tunjuk 5pm, so kitorang berangkat balik dengan beberapa kelengkapan dan peralatan untuk bukak pintu rumah. Haha. Acah acah McGyver sangatttt kan. Hahaha. So bila sampai je depan rumah, terus ketuk tombol sekuat hati dengan batu besar yang kitorang ambik depan kilang. Haha. Tapi malangnya tak berhasil.
Then, try guna paperclip. Dah macam perompak dah. Konon belajar dari Youtube tapi almaklumlah takde pengalaman pecah rumah orang. Haha. So, hampa sekali lagi.
Lepastu kitorang try pulak guna kad, tapi pintu tu takde jarak langsung so  nak slot kad pon tak boleh. Dulu selalu la guna time kat rumah sewa. Tapi pintu bilik je lahhh. Tak taw la plak pintu rumah dengan pintu bilik ni beza. Haha
Then guna lah semua benda yang kitorang bawak balik. Pembaris besi, plastik and so on tapi tak berhasil.
Tiba tiba jiran baru pindah depan rumah ni jenguk keluar. Sha tanya la kot dia ada hammer. Dia cakap takdak. Hampa sekali lagi. Dia terus masuk dalam sembang dengan suami dia. Suami dia keluar dan sudi membantu. Dengan berbekalkan screwdriver, dia kopak tombol sampai terbuka. Dia panggil pulak geng geng dia untuk tolong. Dari tingkat bawah sampai atas, rumah kami jadi perhatian. Malu rasa. Tulah cuai lagi. Tombol pon berjaya di rosakkan dengan jayanya. Dan pintu terbuka. Yeayyyy!!
Jiran pesan suruh beli tombol baru dan dia boleh tolong pasangkan. Alhamdulillah. Masuk je rumah letak beg, terus keluar pergi Mr DIY beli lock pintu. Cari yang murah sekali. Haha. Konon nak jimat duit.
Balik tu jiran datang nak pasang tombol baru. Dia try pastu dia cakap tombol baru tu tak suit dengan pintu memamndangkan tombol baru tu untuk pintu yang lebih tebal. Ahh sudahhh. Dah lah gaji tak masuk lagi nii. Lepas tu dia pesan kalau pergi beli, tengok skru tombol tu panjang mana. Dah la dalam hujan kitorang pergi beli. Nak nangis rasa. Hmmm
Then, malam tu jugak around 9pm pergi Mr DIY sekali lagi. Mentang mentang lah Mr DIY dekat je. Haha. Kitorang pon belilah lah tombol sekali lagi. Yang ni harganya mahal sikit RM18.90. Yang memula tadi RM11.90. Tengok skru dia pendek, rasa boleh fit kot dengan pintu rumah. Then beli screwdriver dengan harga RM1.20. Sebab nak try pasang sendiri. Takkan nak panggil jiran malam malam buta. Haha.
Balik tu dengan semangat waja, terus try pasang sendiri. Dengan baca instruction yang ada akhirnya berjaya jugak. Alhamdulillah. Syukur sangatttt. 
Btw, apa yang terjadi ni semua ada hikmah. Kalau kata benda ni tak jadi rasanya sampai bila bila pon Sha takkan kenal dengan jiran jiran Sha. Dan yang datang tolong tu semua India. Sanagt berterima kasih pada mereka semua. Alhamdulillah.
Semua dugaan yang di beri oleh Allah pasti ada kemanisan di akhirnya. Jangan cepat mengeluh. Mintalah bantuan dari Allah nescaya Allah akan membantu mu.
Terima kasih sudi membaca entry panjang lebar Sha.
Assalamualaikum.

LIFE

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih di beri kesempatan untuk merasai nikmat hidup pada hari ini.
Panjang kemain mukadimah. Haha.
Okayy, after afew months kerja dekat Sanmina Systems M Sdn Bhd, Sha mula berhijrah dan mula berkhidmat di Plas-Tec Industries Sdn Bhd.
Sebagai Assistant Quality Assurance Executive.
Nama je EXECUTIVE tapi semuanya selevel. Tidak di beri hak eksklusif kayyy. Hahaha

For the time being, Sha rasa bolehlahh kerja dekat sini. Lagipun sebab kerjanya kurang stress berbanding kerja sebelum ni yang sangat memecahkan kepala. Yang pentingnya kena jaga kualliti produk as well as kena follow ISO 9001:2008.

Cerita pasal ISO ni, kilang Sha kerja ni baru je lepas kena audit uollssss. Auditor nya cerewet kemain hah. Melampau lampau benorr. Dah la pesen cakap pon tak berapa paham. Almaklumlah, cha ya nun alif. Haha.

Ohh lupa, tempat Sha kerja sekarang ialah di Sungai Siput. Yang mana plus minus 40 minit je kalau berulang balik kampung. Dekat sangat. So tetiap minggu Sha balik memandangkan rumah sewa takde mesin basuh. Balik tetiap minggu dengan alasan nak basuh baju. Padahal rindu mak. Haha

So rasanya that's all for now. Got to go now. Love and miss uollsss. Muahxx!

KERJAYAKU


Setelah beberapa purnama sha menghilangkan diri tanpa berita, akhirnya sha dapat mengambil peluang pada hari ni untuk update blog sha yang bukan setakat dah bersawang tapi dah berhabuk tebal 2 inci.
Apa khabar semua followers sha? Sihat? Alhamdulillah.
Begitu juga dengan sha. Walaupun di landa selsema dan semput pada ketika ini, sha masih kukuh dan teguh untuk bekerja (KONON).

Okay, back to our main topics today. Sha sekarang dah tak bekerja dengan company lama. So sekarang sha sudah bertukar dan berhijrah kerjaya di Sanmina Systems (M) Sdn Bhd.Dan bekerja sebagai trainer. Dalam erti kata lain, jurulatih. Sha mula berkhidmat untuk company ni pada 16 Jun 2014. 
So kira dah 2 bulan lebih.

Alhamdulillah rezeki yang di kurniakan ini tidak akan sha sia siakan. InsyaAllah. So that's all for now.
Will update more soon. InsyaAllah.

Assalamualaikum wbt.