ONLY IN 2 YEARS...

First of all, jawablah salam dulu ye. Tak jawab dosa tahu.
Apa khabar para pengunjung blog Sha? Semoga semua sihat hendaknya.
Tajuk story hari ni agak catchy. Acah acah nak ajak visitor datang melawat la konon. 
Blog kemain buruk. Ada hati nak perasan. Hahaha.
Okay, Okay. Back to our main topic. Hari ni Sha nak story sikit macam mana dalam 2 tahun ni dah mengubah Sha punya kehidupan.
Pengalaman hidup semakin mendewasakan Sha. Sha banyak kenal perangai manusia yang pelik pelik sejak bekerja. Kadang kadang bila tak kuat semangat, mulalah rasa nak give up. SERIOUSLY!
Sha mula bekerja starting December 2013. Actually belum cukup 2 tahun pon. Saja menggelabah. Haha. Sha bermula dari bawah. Seriously dari BAWAH. Sha bermula hanya sebagai operator dengan basic hanya sebanyak RM900. Tapi hak ekslusif sikit lah sebab Sha merupakan QA Inspector. Acah acah inspektor sahabbb sangatt. Hahaha. Polar Twin Advance (M) Sdn Bhd. Pengalaman pertama Sha bekerja. Located di Kwasan Perindustrian Bukit Minyak, Penang. Punyalah merantau sebab nak cari kerja. Ingat senang ke nak dapat kerja zaman sekarang. K. Sha berkhidmat kat situ hanya untuk 6 bulan.
Then, Sha dapat new job offer. Di Sanmina-SCI Systems sebagai Trainer. Located di Prai, Penang. Masa ni Sha punya basic up sikitlah. Nama pon seeking better career advancement kannn. Haha. Masa ni basic Sha RM1500. Tak termasuk ot ya uolls. Seronok kerja dekat sini. Tapi Sha hanya mampu bertahan selama 4 bulan. Masa kerja kat sini, Sha bekerja dengan bestfren Sha masa study di PUO dulu. Dia yang tolong hantarkan resume Sha. Hehe.
After that, Sha kembali ke negeri asal. Sha mula bekerja di Plas-Tec Industries Sdn Bhd. Jauh lari bidang. Company ni punya produk adalah flexible packaging. Plastik bungkusan macam plasik roti, plastik beras. Masa ni Sha bekerja sebagai Assistant QA Executive dengan basic sebanyak RM1400. Standard gaji untuk area Sungai Siput. Nampak tak macamana jauh Sha melangkah. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Then, dalam masa yang sama Sha still cari peluang pekerjaan yang lebih baik.
Akhirnya, Sha di temukan dengan company sekarang ni. Sanctuary Health Sdn Bhd. Buat barang medical dari latex. Position Sha sekarang adalah QA Executive. Basic Sha alhamdulillah memuaskan. Company ni lebih tersusun dan efektif dari segi pengurusan dan lebih sistematik. Environment kerja sangat best. Takda pressure dari mana mana pihak. As long as kita buat kerja. QMR company ni iaitu Mr. Choong sangat lah best. Dia merupakan QAQC Manager. Serius cakap dia memang terbaik. 
Doakan semoga Sha sukses dalam hidup ya. InsyaAllah amiinn.