#1 Wedding Day


Alhamdulillah. Akhirnya sha dah pun sah menjadi milik suami sha setelah hak penjagaan sha berpindah milik dari abah kepada suami pada 06/02/2016 tepat jam 06.04 petang. Syukur tak terhingga sha panjatkan kepada Allah SWT atas jodoh yang di panjangkan ini.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sha sah bergelar isteri kepada Wan Sabaruddin bin Wan Sharif. Terima kasih kerana menerima saya seadanya :)

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid An-Nur Kuak. Sepatutnya proses akad nikah bermula pada pukul 5.30petang. Tapi di sebabkan ada masalah, pihak lelaki sampai lambat sikit, dalam pukul 5.45 petang. Risau sha masa tu tahuuu. Yela takut tok kadi balik macam tu je kang lagi haru. Haha

Sha di nikahkan sendiri oleh Abah sha. Terima kasih abah. I love youuuu. 

Masa ni dah sah bergelar isteri kepada suami sha :)

Bersama ahli keluarga sha dan suami.

Sebenarnya saya isteri dia :p

Antara hantaran untuk majlis tunang dan nikah.

Okay lah, later sha continue dengan hari majlis pula ya. See ya soon :)





#1 WEDDING PREPARATION

Wedding preparation? Ya WEDDING. Aku dah nak kahwin rupanya. For those yang masih belum tahu, sha bakal menamatkan zaman bujang pada 06 Februari 2016. Setakat hari ini, sha masih ada remaining 18 hari. Haha
First come first, pelamin. Total pakej, RM2200.00. Pakej termasuk pelamin, tempat makan pengantin, bilik tidur pengantin, make up 2x, baju pengantin lelaki dan perempuan, pintu gerbang dan ada lagi yang sha terlupa. Hehe. So memang full pakej ambil dari Kak Hanim. Pelamin macamana? Tema apa? Pelamin cukup ringkas asalkan sweet sebab sha tak suka benda yang terlalu crowded. Nampak semak dan sangat tak selesa. Takut pelamin runtuh. Hahaha.


Pelamin mungkin lebih kurang macam ni saja. Simple but nice. Tapi takdelah bunga baby breath tuu. Mahal kot!

Second, hantaran. Hantaran sha, sha serahkan sepenuhnya pada mak saudara sha di Gerik. Bab gubah menggubah serahlah pada dia, memang A lahh. Haha. Jimat duit sha sikit. Hahaha. Ada udang sebalik mee sebenarnya. Yang masih belum tahu tu, sha sebenarnya masih belum bertunang. Cuma pihak lelaki sudah datang merisik sahaja. So, hantaran nanti ada kain baju dan juga manisan. Sebab di gabungkan sekali hantaran tunang dan kahwin. Hehe.
Third, cincin nikah untuk pengantin lelaki. Sebenarnya hajat di hati nak belikan cincin suasa sebab mungkin terlihat lebih cantik. Lepastu pergilah cari dekat Wah Chan dengan my beautiful Kak Watie. Harga cincin suasa, mak aiii terkejut omakkkk. Haha. Mahal tahap koyak poket. Haha. Then, belilah silver, murah pon takpe, asalkan cantik.
Lebih kurang macam nilah cincin nya. Tapi batu nya ruby. Cantik di mata sha lah. Haha.